Saya?
Home | Saya? | galeri keluarga | personal gallery | Aisha Fatima | galeri 1 | galeri 2 | galeri 3 | galeri 4 | MITI Scenario Gallery | Ayat Kursi | Al-Fatihah | 4 surah terpilih | Zikir sepas Solat | Boleh dihubungi?
Laman Shajarah

Laman nie dikhususkan untuk menerangkan mengenai diri ngan lebih dekat.

Bumi
bumi
Planet yang dikatakan mempunyai hidupan yang pintar dan mungkin satu2nye planet yg ade penghuni..

Tanggal 22hb. September, 1978 bersamaan 20 Syawal 1398 pada Jumaat malam Sabtu di Kg. Bukit Lada Sayong, Kuala Kangsar, Perak, lahirlah seorang lagi umat manusia dibumi ini. Nama yang unik telah diberikan kepadaku. Merupakan anak ke4 kepada pasangan Hassan dan Fatimah. Mempunyai 2org abang, seorang kakak dan seorang adik perempuan.. abang2 dan kakak sudah mempunyai keluarga mereka sendiri dan sudah mempunyai halatuju yg jelas... tapi aku masih mencari ape itu kehidupan.. "Aku bangga dilahirkan dalam keluarga ini."

Negara Saya

Jata negara

Dibesarkan didalam keluarga yang sederhana. Serba-serbi sederhana... mula mengenal huruf di SK Sayong, KKangsar dari 1985-1990.. dibimbing dan dijaga ngan kasih sayang serta teliti oleh keluarga.. tamat jer pengajian di peringkat rendah.. beralih pula ke peringkat menengah rendah di SM Sayong, KKangsar sehingga tamat tingkatan 3. Selepas lulus PMR ngan keputusan yg agak baik aku telah dipindahkan dan dimasukkan ke 3 buah sekolah berasingan dalam masa 3 bulan... dan akhirnya memilih SM Teknik(Persiaran Brash), Ipoh.. disini bermulanye hidup tanpa pantauan keluarga..
 
mula berdikari dan belajar hidup tanpa bantuan keluarga.. tamat jer tingkatan 5 dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. mulalah mengalami rasa kehidupan sebenar.. kerja, merayau, dan banyak lagi xtvt yg dilakukan sehingga mendapat tawaran belajar semula.. pada mulanye minat utk belajar sudah hampir pudar tapi setelah mendapat dorongan dr ibu.. pertama masuk ke T6 di Clifford walaupun ader tawaran2 lain tapi tak mahu gi coz kebodohan seorang remaja dan... akhirnye menerima tawaran memasuki ITM (sekarang dikenali UiTM) di Shah Alam.. aku telah terpilih mengikuti kursus Diploma Statistik(intake Nov'96) selama 3thn.. aku tidak pernah terfikir utk mengambil kursus ini tetapi aku harungi juga hanya dengan dorongan ibu dan bantuan keluarga... pada semester akhir(Dipl. Statistik) satu dugaan besar melanda... kehilangan insan tersayang(ibu telah meningalkan aku pada hari Jumaat, Sept 03,1999 di Hospital Besar Ipoh)... sangat terasa kehilangannya dan kehilangan ini membawa impak besar dalam diri kerana semua dorongan datang darinya... aku sungguh terseksa.. sabar walaupun dalam diri menanggung penderitaan yg hebat dan hilang seorang lagi.. tapi pengajian diteruskan ke kursus BSc(Hons.)(IT) pada tahun 2000.. aku mendaftar pada 1 Ramadhan...
 
selepas konvokesyen(Mei'00) dan menerima Dipl. Statistik.. aku mengambil keputusan yang tidak sepatutnya.. aku agak menyesal dan... melakukan macam2 kerja walaupun ade tawaran kerja dan belajar yg agak bagus... akhirnya menyedari diri nie mesti berubah coz hidup mesti diteruskan... inilah asam garam hidup... pesan ibu terus aku ingati.. '''tabah, sabar dan teruskan kehadapan'''.. tawaran menjawat jawatan di sektor awam diterima walaupun ade sedikit tentangan.. aku telah melapor diri di DOS pada Nov 01, 2002 dan pada Nov 06 bersamaan 1 Ramadhan aku melapor diri di MITI... ini mungkin satu perubahan yg baik sebelum mencari dan jumpa yg sesuai utk dijadikan kerjaya..
 
setelah masuk tahun ke2 aku di MITI, aku ambil keputusan utk menyambung pelajaran semula tetapi memilih bidang yang agak.. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) secara separuh masa di SPACE, UTM.. kali ini aku berharap dapat meneruskannya sampai habis tanpa gangguan lagi..
 
kehidupan aku menjadi lebih baik kerana aku telah menjumpai seseorang yg menjadi teman hidup aku.. Aku telah diijab kabulkan pada tanggal 01 Mei 2005 di Pontian, Johor. Aku sekarang sudah bergelar suami dan tanggungjawab aku semakin bertambah.. INsyaallah, diharapkan perhubungan ini direstui.. amin..
 
Tanggal 24hb Mei 2006, jam 5.53pm d HSAJB, aku dikurniakan zuriat per1 seorang bayi perempuan, berat 2.82kg dan panjangnya 48cm. AlhamdulLillah.. akhirnya aku jadi seorang ayah dan telah diberi nama Aisha Fatima. Semoga zuriat ini diberkati oleh ALLAH dan berjaya di dunia dan akhirat.
 
ALlah amat pemurah dan penyayang, aku dikurniakan putera tanggal 22 disember 2007 bersamaan 12 zulhijjah selepas sedap menikmati sup tulang korban malamnya.. aku amat bersyukur dengan kurnian ini dan mengharap dapat menjadibapa dan suami yang baik serta dapat melaksanakan tanggungjawab yg diberikan oleh ALLAH dengan sebaiknya. Nama putera ialah Ahmad Falih. Harap zuriat aku ini akan menjadi hamba ALLAh yang amat taat(beriman dan taqwa) dengan suruhNya.
inilah citer kehidupan buat masa ini.. ia akan ditambah...
 
november 2009,
 
Keluarga aku sudah membesar dengan kurnian Allah puteri ke-2, Bashasha Ain.. Puteriku ini dilahirkan pada 25 Julai 2009 di AZIM, BBBangi. AlhamdulilLAH. aku juga telah tamat pengajian aku di UTM. Inilah kehidupan. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walaupun kita selalu alpa dan berpaling tadah tapi Yang Masa Kuasa tidak pernah mengurangkan kurniaanNya kepada hambaNya yang zalim ini.
 
Mengapa kita masih tidak bersyukur atas kurnianNya.
 
Pada tanggal 15 Mac 2008 aku telah dipindahkan di Jabatan Perangkaan, Putrajaya.
 
Hidup ada naik turun.. berpisah dan berjumpa...
 
Pada tanggal 27 Jun 2011 (Isnin) apak aku kembali ke rahmahtullah... al-Fatihah... Akhirnya... aku kehilangan kedua2nya dalam kehidupan aku...
 
aku redha dengan ketentuan Ilahi...
 
Semoga jumpa lagi.. Wasalam.


I'm Virgoan


Universiti Teknologi MARA (dulu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA)

04logoperak.gif

Ini adalah negeri kelahiran aku... Aku orang PERAK.

Kegemaran>>


... antara komik kesukaan ...

Filem kegemaran aku adalah filem yg berunsurkan lasak... dan yg penting penuh ngan aksi... muzik pula.. agak rancak dan kekadang suka juga mendengar lagu slow tapi tak sampai tahap mendayu2..

Suka melibatkan diri didalam xtvt yg melibatkan fizikal dan yg ceria... melancong dan bersiar adalah kegemaran yg utama..